Friday 2 September 2011

NASI BIRYANI MANCHESTER

Bahan Untuk Rempah Biryani

3 sudu rempah kari daging
2 sudu rempah kurma
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih

Bahan Untuk Menumis

Rempah kasar
Bawang lumat
Bawang goreng
Halia muda
Tomato puri

Cara Masak Daging/ayam Biryani

Tumis baying yang dimayam bersama minyak sapi, rempah kasa, daun pandan, rempah biryani kacau hingga naik baunya. Tambah bawang putih, halia dan masukkan daging atau ayam. Masukkan bawang goring, tomato puri, buah badam dan tairu (susu cair +limau nipis), masak hingga naik minyak.

Cara Masak Nasi Biryani

Tumis bawang besar dan daun pandan dengan minyak biasa dan minyak sapi, masukan air yang dicampur kuah biryani (1 atau 2 senduk), campurkan susu cair, perasa dan garam, tunggu hingga nasi masak.( untuk nasi yang menarik : Ambil sedikit nasi dicampur cat kuning atau merah dalam mangkuk dan ditubur kembali kedalam periuk)
Untuk hidang timbus daging atau ayam dengan nasi dan hias daun ketumbar dan sebagainya.

SOTO AYAM BATU BURUK


Bahan Untuk Sup

2 ekor ayam
1 bungkus rempah sup bunjut
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
lada putih
1 inci lengkuas
1 batang serai
½ inci halia
12 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
(semua bahan di atas kecuali ayam diblend lumat)

Bahan Untuk Menumis

Buah pelaga, bunga pek kat, kayu manis (untuk tumis)
Bahan Untuk Ulam/Hias
Taugeh, daun bawang, bawang goreng (dicampur semasa menghidang)
Bahan Untuk Sambal Kicap
Cili Kecil, cili hijau dan cili merah
Bawang putih
Kicap
Gula

Bahan Untuk Bergedil

Isi ayam lumat
Ubi kentang
Quarker oat
Telur ayam
(semua bahan disatukan, dijadikan bulat, dicelup telur dan goreng)

Bahan Untuk Makan

Mee kuning
Bee hoon
Nasi himpit