Friday 2 September 2011

NASI BIRYANI MANCHESTER

Bahan Untuk Rempah Biryani

3 sudu rempah kari daging
2 sudu rempah kurma
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih

Bahan Untuk Menumis

Rempah kasar
Bawang lumat
Bawang goreng
Halia muda
Tomato puri

Cara Masak Daging/ayam Biryani

Tumis baying yang dimayam bersama minyak sapi, rempah kasa, daun pandan, rempah biryani kacau hingga naik baunya. Tambah bawang putih, halia dan masukkan daging atau ayam. Masukkan bawang goring, tomato puri, buah badam dan tairu (susu cair +limau nipis), masak hingga naik minyak.

Cara Masak Nasi Biryani

Tumis bawang besar dan daun pandan dengan minyak biasa dan minyak sapi, masukan air yang dicampur kuah biryani (1 atau 2 senduk), campurkan susu cair, perasa dan garam, tunggu hingga nasi masak.( untuk nasi yang menarik : Ambil sedikit nasi dicampur cat kuning atau merah dalam mangkuk dan ditubur kembali kedalam periuk)
Untuk hidang timbus daging atau ayam dengan nasi dan hias daun ketumbar dan sebagainya.

SOTO AYAM BATU BURUK


Bahan Untuk Sup

2 ekor ayam
1 bungkus rempah sup bunjut
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
lada putih
1 inci lengkuas
1 batang serai
½ inci halia
12 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
(semua bahan di atas kecuali ayam diblend lumat)

Bahan Untuk Menumis

Buah pelaga, bunga pek kat, kayu manis (untuk tumis)
Bahan Untuk Ulam/Hias
Taugeh, daun bawang, bawang goreng (dicampur semasa menghidang)
Bahan Untuk Sambal Kicap
Cili Kecil, cili hijau dan cili merah
Bawang putih
Kicap
Gula

Bahan Untuk Bergedil

Isi ayam lumat
Ubi kentang
Quarker oat
Telur ayam
(semua bahan disatukan, dijadikan bulat, dicelup telur dan goreng)

Bahan Untuk Makan

Mee kuning
Bee hoon
Nasi himpit

Wednesday 31 August 2011

Resepi Masakan Arab

klik di sini
klik di sini juga

oleh: cikmanis Nasi Mandy / Mandy Rice

Dsc00220
Masakan Arab.. Sedap nasi ni kalau guna beras basmathi gred yang bagus!! Cuba la untuk kelainan!! Senang ajer..

Bahan-bahan ( 7 orang )

  • ***PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI***
  • 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging (jgn tulang semata2 tau)
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 kuntum bunga cengkih
  • 15 biji lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 biji buah pala (diketuk)
  • 3 helai bay leaves
  • 1 inci halia (diketuk)
  • ***PENYEDIAAN NASI***
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
  • 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji lada hitam
  • garam dilupa jangan!! (x sedap kalau nasi tawar)
  • *** PENYEDIAAN SALATA HARA***
  • 2 biji tomato
  • 2 cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit daun ketumbar
  • lemon
  • garam & gula secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus tulang & daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging.
  2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Transfer ke periuk nasi elektrik. (Kalau nk biarkan kt dapur gas pun xper.. masak nasi sehingga masak). Bila dah masak, bolehla titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun xper.
  3. Untuk salata hara, kisar kesemua bahan kecuali garam, gula & lemon (kisar tanpa air). Apabila dah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
  4. Hidang nasi bersama Salata Hara, telur masin, acar timun atau sebagainya

Resepi Nasi Mandi

Petua chef:
* Pilih ayam segar untuk memastikan cita rasa seiring dengan resipi yang dihidangkan.
* Perap ayam dalam tempoh yang agak lama bagi menentukan ayam dan rempah-ratusnya mesra.
* Pastikan beras pilihan paling bermutu tinggi.


Bahan untuk memerap ayam:
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil kunyit kering
(Bahan di atas ini perlu dikisar halus)
1 biji lemon dibelah
2 labu bawang besar dipotong gelang
Sedikit safron
Rempah mandy secukupnya


Rempah mandy:
1 sudu kecil buah pala
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar halia kering
4 helai daun bay (daun salam)
(Semua bahan ini perlu dikisar)


Rempah ratus:
4 sentimeter kulit kayu manis
5 helai daun bay
1 sentimeter buah pelaga
1 sentimeter lada hitam
1/2 sentimeter cengkih
1 1/2 sudu teh jintan putih
1sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh serbuk limau kering (sedikit saja)
1/4 sudu teh serbuk limau
2 labu bawang besar untuk nasi
1 labu mayang - untuk digoreng


Cara penyediaan:
- Masukkan rempah-ratus ke dalam periuk berisi air. Biar hingga mendidih. Masukkan juga sedikit garam.

- Rendam beras sebelum dimasak. Keluarkan sebahagian air rebusan sebelum masukkan beras.
- Apabila sup hampir kering dan nasi hampir masak, tuangkan pewarna pada satu tempat dan jangan kacau. Masukkan lemak yang sudah diletakkan dalam kertas timah dengan membentuknya seperti mangkuk di tengah nasi dan tutup seketika.
- Apabila nasi sudah masak, keluarkan kertas timah dan masukkan bawang goreng dan gaul biar sebati.
(Sumber: Harian Metro

RESEPI NASI MANDI AYAM

 



Beras Basmathi
1 kilo @ seekor ayam
Minyak sapi
Bawang Besar
Bawang puteh
Kulit kayu manis
cengkih
pelaga.
Daun bay
Kiub ayam
Saffroon / tkser boleh ltk lunyit jer.
Garam

Memula basuh ayam dan beras, cuci macam biasa..rebus air masukkan ayam kira2, 45 minit atau ayam empuk ler..potong ikut kesukaan..klu nak potong dulu pun tkper.Simpan stok air ayam untuk menanak nasi.

Dalam periuk masukkan minyak sapi, klu tk suka tkper minyak biasa pun..tumis bawang besar,bawang puteh,dan bahan penumis..masukkan ayam tadi..masa lebih kurang 10 minit lagi,Masukkan beras bersama saffron, kacau rata .Last stok ayam dan garam..masak seperti biasa. Senangkan..

Kalau nak buat nasi kabsah..lepas tumis bawang dan bahan penumis masukkan tomato buah,puri,kiub ayam..pastu stok ayam..

**Yang nampak berseri2 tu saffron,....saffron yg elok ,(mahal) hasilkan kuning yg cantik..kt sini ada jg diorng tambah pewarna kuning keorengan (thuluq as-syam), boleh cuba campur berapa titik, merah dn kuning dalam air, masuk setitik dua air mawar..masuk dlm nasi yg ditanak...atau stock ayam

Nasi Mandy dari Hadhramaut, Yaman

http://muqreez.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

Ahad lepas, Muqreez cuba resepi Nasi Mandy dari Hadhramaut, Yaman..Nasi Mandy ini adalah kegemaran Muqreez kalau pergi ke restoran timur tengah. Maka, cubalah masak sendiri. Terima kasih Bro.Suhaib kerana kasi resepi yang mudah tapi terangkat ini..Syokran!


Bahan-bahan:
Beras Basmathi,Ayam,Minyak Sapi,bawang merah & putih.Bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga,zafron(kalau takde pakai kunyit),garam secukup rasa

Cara-cara:
Rebus ayam, simpan air rebusan untuk digunakan masak nasi. Tumis bawang and bahan-bahan rempah tadi. Masukkan ayam dan goreng sehingga kuning. Kemudian masukkan beras dan air rebusan dan kunyit serta garam secukup rasa.

Untuk Salathah:
Tomato,timun,cili hijau dan yogourt.