Tuesday 30 August 2011

Resepi Nasi Mandy Lahm (Daging) 35Share 20:18 wana Resepi Nasi Mandy Lahm(Daging) Arab Berikut adalah resepi nasi mandy daging bersama salatah, Nasi mandy Lahm(Daging) ini adalah makanan yang popular di negara arab tak kiralah arab yaman hadramaut ke, Arab Saudi ke,Arab Jordan ke sama sahaja.... Bahan-bahan ( 7 orang makan ) PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI * 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging * 15 biji buah pelaga * 15 kuntum bunga cengkih * 15 biji lada hitam * 1 sudu kecil jintan putih * 1 biji buah pala (diketuk) * 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam * 1 inci halia (diketuk) PENYEDIAAN NASI * 3 cawan beras basmathi * 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi) * 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun * 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu) * 1 biji tomato yang kecil (potong dadu) * 4 biji buah pelaga * 4 kuntum bunga cengkih * 5 biji lada hitam * garam secubit PENYEDIAAN SALATAH * 2 biji tomato * 2 cili merah * 1/2 biji bawang besar * sedikit daun ketumbar * lemon * garam & gula secukup rasa Cara-cara 1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging. 2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa.. masak nasi sehingga masak). Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun tidak mengapa. 3. Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon. 4. Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya.. Selamat Menjamu selera nasi mandy Lahm(Daging Read more: Resepi Nasi Mandy Lahm (Daging) ~ Resepi @ Online http://iresepi.blogspot.com/2011/03/resepi-nasi-mandy-lahm-daging.html#ixzz1WVFH2XTV


Resepi Nasi Mandy Lahm(Daging) Arab

Berikut adalah resepi nasi mandy daging bersama salatah, Nasi mandy Lahm(Daging)  ini adalah makanan yang popular di negara arab tak kiralah arab yaman hadramaut ke, Arab Saudi ke,Arab Jordan ke sama sahaja....

Bahan-bahan ( 7 orang makan )

  PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
    * 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging
    * 15 biji buah pelaga
    * 15 kuntum bunga cengkih
    * 15 biji lada hitam
    * 1 sudu kecil jintan putih
    * 1 biji buah pala (diketuk)
    * 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam
    * 1 inci halia (diketuk)

      PENYEDIAAN NASI
    * 3 cawan beras basmathi
    * 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
    * 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
    * 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
    * 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
    * 4 biji buah pelaga
    * 4 kuntum bunga cengkih
    * 5 biji lada hitam
    * garam secubit

     PENYEDIAAN SALATAH
    * 2 biji tomato
    * 2 cili merah
    * 1/2 biji bawang besar
    * sedikit daun ketumbar
    * lemon
    * garam & gula secukup rasa

Cara-cara

   1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.
   2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa.. masak nasi sehingga masak). Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun tidak mengapa.
   3. Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
   4. Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya.. Selamat Menjamu selera nasi mandy Lahm(Daging
Sumber:  http://iresepi.blogspot.com/2011/03/resepi-nasi-mandy-lahm-daging.html#ixzz1WVFH2XTV

No comments:

Post a Comment